Saturday, June 11, 2011

MIMPI MENURUT ISLAM: FANTASI ATAU REALITI

Ada yang mengatakan: “Mimpi itu mainan tidur…”
Ada pula yang mengatakan: “Eleh, mimpi je tu, jangan percayalah…”
Ada juga yang terlalu taksub dengan mimpi, asalkan bermimpi, mesti dicari Kitab “Tafsir” khas atau merujuk ramai manusia, bagi mendapatkan petanda di sebalik mimpi misteri yang terus menyelubungi dirinya…
Bahkan, ada yang ketakutan (fobia), kebimbangan dan kerunsingan dengan mimpi yang berulang-ulang kali atau bersambung-sambung yang mana sering bermain-main ketika tidurnya, bagaikan satu paparan filem ditayangkan secara bersiri-siri...

Dan banyak lagi situasi misteri mimpi yang sukar untuk ditafsirkan oleh orang kebanyakan seperti kita pada masa kini, lainlah jika pada zaman Nabi Yusuf A.S yang diberi mukjizat khas mampu menta’bir (mentafsir) mimpi. Jika adapun pada zaman serba moden ini, sukar untuk dibezakan antara yang benar-benar boleh dipercayai atau sekadar main-main (membohongi tanpa disedari).

Justeru, di kesempatan ini, penulis membentangkan hasil pencarian artikel dan sedikit kajian pandangan yang diutarakan tentang “MIMPI MENURUT ISLAM”. Di bawah ini merupakan hasil pencarian dan kajian yang dijalankan, yang mana bukanlah sepenuhnya ditulis oleh penulis sendiri, tetapi penulis bersetuju dan cenderung kepada pemahaman ini kerana diterangkan secara ilmiah dengan dalil-dalil hadis-hadis bertaraf sahih yang tidak diragui lagi, serta beberapa pandangan ulamak-ulamak yang menerangkan dalil-dalil tersebut. Semoga bermanfaat.

HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:
“Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin (اِبْن التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku, melainkan mimpi.”
Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini (http://www.almenhaj.net/) ketika ditanya dengan soalan:
 “Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”
Jawapan beliau:
“Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benar dan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23 tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benar selama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benar dari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilah pendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat. "

LAFAZ HADIS TELAH DIPASTIKAN DENGAN MENGGUNAKAN MAKTABAH SYAMILAH V3.4
PENERANGAN HADIS-HADIS  DI ATAS ADALAH DARI LINK DI BAWAH

ARTIKEL: TIADA SYARIAT BARU SELEPAS WAFAT NABI
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Kaedah golongan ajaran sesat beroperasi untuk mencari pengaruh di tengah-tengah masyarakat ialah dengan menggembar-gemburkan kehebatan tuan guru yang mengetuai gerakan mereka. Untuk meyakinkan orang ramai mengenai ajaran itu, mereka akan mendakwa bahawa tuan guru itu belajar secara terus daripada Nabi SAW atau wali tertentu menerusi mimpi. Justeru tiada yang perlu dikhuatiri sekiranya ajaran mereka dilihat berbeza dengan apa yang terdapat di dalam kitab fekah yang lazimnya menjadi rujukan kerana ajaran atau amalan mereka ini di dapati secara terus daripada Rasulullah SAW. Bolehkah kita menerima dakwaan bahawa setelah wafatnya Rasulullah masih tersisa ajaran baru yang hendak disampaikan pada umatnya menerusi mimpi?

Bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah mimpi itu pada dasarnya terdapat tiga jenis sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.”  (Hadis Imam Muslim).

Mimpi dari syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah, ia mimpi benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh”  (Hadis Imam al-Bukhari).
Ada yang menjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa mimpi guru atau syeikh mereka boleh dijadikan dalil dalam membawa ajaran baru.

Namun sebenarnya al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat.

Inilah lapangan skop mimpi benar dan ia tidak lebih dari itu. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah wafat. Allah SWT memerintahkan Rasulullah menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya kepada seluruh umat manusia.

Firman-Nya: “Wahai Rasulullah! Sampaikan apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah yang akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Maaidah: 67)

Rasulullah sebagai seorang yang maksum pasti melaksanakan perintah Allah itu. Sebelum Baginda wafat, Allah SWT menyempurnakan agama Islam sehingga tidak lagi memerlukan apa-apa bentuk penambahan menerusi mimpi.
Mimpi bertemu dengan Nabi SAW juga sebahagian daripada al-Mubasysyiraat yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi bersabda, “Sesiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Sesiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.” (Hadis Imam al-Bukhari)

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa seseorang itu hanya dianggap benar-benar bertemu Rasulullah di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang digambarkan di dalam hadis sahih. Telah menjadi amalan umat Islam terdahulu (generasi salaf) apabila seseorang mengaku bertemu Nabi, dia dikehendaki untuk memberikan gambaran paras rupanya dalam mimpi itu.

Ibnu Sirin umpamanya akan bertanya kepada seseorang yang mengaku bertemu Nabi SAW dalam mimpi: “Ceritakan kepadaku apa yang anda lihat.” Sekiranya diceritakan kepada beliau sifat Rasulullah SAW yang tidak diketahuinya, beliau akan menegaskan: “Anda sebenarnya tidak bermimpi bertemu dengan Baginda SAW.” Ini adalah kerana syaitan hanya tidak boleh menyerupai paras rupa sebenar Nabi SAW, namun syaitan boleh yang menyerupai insan lain tetapi mengaku sebagai Nabi lalu mengelirukan orang yang bermimpi tadi dengan perkara yang bercanggah dengan syarak.

Seterusnya kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah. Jika bertepatan ia boleh diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap perkara yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mimpi hanya untuk menggembirakan atau menjinakkan hati saja.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi lagi, “Perkara yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang dibawa mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”
Terdapat juga kelompok tertentu yang mendakwa bahawa ajaran mereka ini diambil oleh tuan guru mereka daripada Rasulullah SAW dalam keadaan sedar atau terjaga. Mereka berhujah dengan sebuah riwayat yang mana Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga dan syaitan tidak mampu menyerupaiku.” (Hadis al-Bukhari).
Walaupun hadis ini sahih namun tafsiran mereka terhadapnya tidak benar.

Rasulullah SAW wafat sebagaimana manusia lain. Firman Allah, “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). Kemudian sesungguhnya kamu pada hari Kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu.” (al-Zumar: 30-31). Baginda hanya akan dibangkitkan semula di alam akhirat setelah terjadinya kiamat.

Maka tiada nas yang menunjukkan bahawa Baginda boleh bangkit di dunia dan boleh bertemu dengan seseorang secara fizikal dan mengajar mereka ajaran Islam. Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menempelak dakwaan golongan yang mengaku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan sedar menerusi kitabnya Fathul Baari.

Menurut beliau, “Hal ini begitu aneh. Jika dimaksudkan (pertemuan itu) secara zahir maka mereka (yang mendakwa bertemu Nabi secara sedar) itu boleh dianggap sahabat Nabi, sedangkan tidak mungkin sahabat Nabi itu akan ada terus menerus sehingga hari kiamat.”

Mengenai maksud sebenar ‘maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga’, Imam al-Nawawi memberikan tiga pendapat: Pertama, ia berkaitan dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Oleh itu sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Nabi sedangkan dia belum berhijrah maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk berhijrah dan bertemu dengan Nabi secara zahir. Kedua, dia akan melihat kenyataan mimpinya itu dalam keadaan terjaga pada hari kiamat, kerana semua umat Baginda akan melihatnya pada hari kiamat. Ketiga, dia akan melihat Nabi pada hari akhirat secara khusus dalam keadaan dekat dan mendapat syafaat daripadanya.

Allah menyempurnakan syariat agama Islam dengan penurunan wahyu kepada Nabi ketika hayat Baginda. Kesempurnaan syariat agama Islam ini diakui sendiri Allah melalui firman-Nya, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam menjadi agama kamu”. (al-Maaidah: 3) Sempurna dalam ayat ini bererti ia sudah lengkap. Sekiranya agama itu sempurna, mengapa kita masih memerlukan mimpi untuk dijadikan perantaraan bagi menerima amalan baru yang tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para salafussoleh (ulama terdahulu)?

Justeru, mereka yang mendakwa sesuatu ajaran baru itu masih boleh diterima menerusi mimpi hanya mencerminkan gambaran pemikiran mereka yang menganggap Islam ini belum sempurna sehingga memerlukan ritual baru. Sungguh rosak pemikiran berkenaan.

Wallahu’alam.

23 comments:

Salam Perkenalan,
Amat tertarikh dengan entri terdahulu mengenai pandangan mata sang lebah dengan sang lalat. Bercadang dengan sedikit ubahsuai, membuat siaran entri ringkas mengenai perkara yang sama. Penghargaan sumber asal akan dicatatkan.

Salaam Tuan, sebarang artikel di dalam blog ini dibenarkan sebarannya secara meluas jika ada manfaatnya, dan untuk link back terpulang..
Semoga sama-sama kita mendapat balasan baik dari ilmu bermanfaat ini. =)
Terima kasih atas kesudian tuan menjengah ke blog ini.

Kiemiftah.Com

sy bermimpi air sungai yg mengalir dgn kelopak bunga yg byk hanyut diatsnya...apekah mksud mimpi sy itu?

Mohon maaf cik/puan..saya bukanlah ahli dalam pentafsiran mimpi, namun, ada hadis Nabi SAW menyatakan jika mimpi itu baik maka ianya daripada Allah SWT, dan jika ianya buruk, mohonlah perlindungan daripada Allah, kerana ianya daripada syaitan, jika terjaga dari mimpi buruk Nabi SAW mengajar dibaca 3x isti'azah:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
dan hembuskan/ludahkan ke kiri.

Namun, ada beberapa keadaan mimpi boleh jadi petunjuk (dan biasanya sesuatu yang berlaku kerap kali), jika ada kaitan dengan ular, jatuh tempat tinggi dan menyusu anak, KEBIASAANnya dikaitkan dengan SAKA, walau bagaimanapun, WALLAHU'ALAM, sekadar ini sahaja yang saya tahu. Boleh rujuk mereka yang lebih 'ALIM..

artikel menarik utk dikongsi..mohon kongsi ya ustaz..

Sila..sila..sebarang perkongsian ilmu amat dialu-alukan dan tiada sebarang hakcipta =)

Assalamualaikum ustaz, kenapa saya kerap benar mimpi tentang org yg sama. Sudah 5bulan saya tak henti-henti mimpi tentang dia. Baik, buruk semua ada. Kalau nak kata saya terlalu fikirkan ttg dia, tak juga, Nak kata tak memikirkan pun tak juga. Keliru. Saya percaya pada Dia, pemilik mimpi. saya hanya keliru... ;)

Wa'alaikumussalam Warahmatullah..
Mohon maaf, saya bukan ahli dalam ta'biran (tafsiran) mimpi, dan hanya Nabi Yusuf a.s mendapat mukjizat dalam mentafsir mimpi.

Justeru, saya hanya mampu memberi nasihat berpandukan apa yg Nabi SAW sampaikan, dalam hadis baginda SAW:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, petunjuk jelas mengajar kita agar menyandarkan segala-galanya kepada Yang Maha Mengetahui, walaupun hakikat mimpi buruk itu daripada syaitan, namun kita tetap disuruh memohon perlindungan keburukan itu daripada Yang Maha Kuasa setiap sesuatu kejadian dalam hidup kita.

Saya pernah membaca dalam Kitab Ar-Ruh, karangan Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah menyatakan jika sesuatu mimpi berulang kebiasaannya ada petunjuk di sebaliknya, TETAPI TIADA SANDARAN DALIL YANG JELAS TENTANG HAL INI.

Apa yang mampu disarankan, setiap kali bermimpi, terutamanya yang berulang2, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT, perdekatkan diri dengan Allah, benteng diri dengan Zikir2 Allah daripada Ma'thurat (dibimbangi ada kaitan dengan sihir) antaranya sentiasa amalkan ayat Kursi yang jelas dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai pelindung daripada iblis dan konco2nya.

dan lain-lain doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, boleh dapatkan buku-buku doa, seperti Perisai Muslim (asalnya Hisnul Muslim), keluaran Telaga Biru, Terjemahan Dr. Abd Basit Abd Rahman yang banyak memuatkan doa-doa yang disandarkan terus kepada sunnah Nabi SAW berdasarkan situasi yang pelbagai.

Wallahu'alam.

Salam ustaz..saya kerap bermimpi kematian org... Dan pd mase yg same dlm mmpi tersebut saya membaca yasin secara xlgsg apabila sy mmbce yasin didlm mmpi mksd ayt yg sy bce juga terkeluar..perasaan takut tu slalu muncul.apakah mksd mmpi sy
Kerana sy slalu mimpi sekitar j 3.30pg. Dan sy selalu akn tersedar selepas mmpi tu habis..hmm

Saya kerap bermimpi orang yang pernah muncul dalam hidup saya 3 bulan yang lalu . Apakah maksud mimpi saya itu ?

Terima Kasih atas kesudian saudara dan saudari sekalian menceduk sedikit mutiara ilmu dari blog ini, dan semoga kita diberi pahala kebajikan yang berpanjangan, seterusnya menghapuskan dosa-dosa kita.

Sekali lagi saya menyatakan saya bukanlah ahli dalam mentafsir mimpi, namun artikel ini dibawakan agar memberi pandangan jelas kepada beberapa isu tentang mimpi, seperti ada yang mimpi bertemu Rasulullah SAW dan meminta melakukan sesuatu yang mengubah syari'at, maka ketahuilah mimpi itu tidak thabit!
Benar, ada hadis yang menyatakan Iblis tidak mampu menyerupai Nabi SAW, tetapi Iblis boleh menyamar dan mengaku DIA nabi, justeru kita perlu lihat adakah bentuk rupa itu sesuai dengan Nabi SAW, seperti digambarkan dalam Kitab Syama'il Muhammadiah oleh Imam At-Tirmidhi (boleh dapatkan buku ini terbitan PTS dan ada juga terbitan Telaga Biru).

Mengenai mimpi yang berulang-ulang, ada disebut dalam Kitab Ar-Ruh karangan Ibn Al-Qayyim bahawa kemungkinan besar ada petunjuk di sebaliknya, namun tiada dalil atau sandaran jelas tentang hal ini.
Manakala petunjuk tertentu tidak dinyatakan.

Apa yang disarankan adalah setiap kali bermimpi hal buruk, dan terjaga dari tidur, Nabi SAW menganjurkan membaca Isti'azah (A'uzubillahi minasy syaitanirrajim) tiga kali dan dihembuskan sebelah kiri, jika mahu maka bangun dan solatlah, jika tidak mahu memadai memohon doa agar dijauhkan dari keburukan mimpi tersebut.
Dalam hadis juga tidak menganjurkan agar diceritakan mimpi-mimpi buruk, kecuali sekadar meminta pandangan untuk ketenangan diri.

Hikmah mimpi adalah satu pengajaran kepada semua manusia bahawa sebijak mana pun manusia, mereka tidak mampu untuk menjawab persoalan berkenaan mimpi, apatah lagi jika berkaitan sesuatu yang mungkin terjadi pada masa akan datang. Ianya satu tamparan hebat kepada mereka yang kufur dengan perkara-perkara ghaib (sesuatu yang tidak nampak, namun ianya wujud berdasarkan rasa kita).

Wallahu'alam.

salam,..
saya ingn brtanya apakah maksud mimpi tentang peperang dan kiamat yg smkin hmpir .. tetapi ia diakhiri dgn tangisan yg pnuh dgn sesalan .... tetapi mimpi itu tiada pnghujung ....

assalamualikum?
Saya ingin bertanya jika seseorang itu bermimpi tentang kiamat apa maksud di sebalik mimpi itu?

Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel ini.

Sekali lagi saya menekankan bahawa, SAYA BUKAN AHLI PENAFSIR MIMPI!
Antara yang dikurniakan Allah dalam penafsiran mimpi (dan benar-benar berlaku apa yang ditafsir), hanyalah Nabi Yusuf A.S, berdasarkan kisah di dalam Surah Yusuf dari awal sehingga akhir (hampir keseluruhan ayat menceritakan kisah Nabi Yusuf).
Selain dari Nabi Yusuf, ada orang-orang tertentu dikurniakan juga kemampuan tafsir/ta'bir mimpi, tetapi TIADA DALIL QAT'EI (TETAP) bahawa apa yang mereka katakan adalah akan benar-benar terjadi, kecuali MUNGKIN KEBETULAN TERJADI, atau SEBAHAGIAN TERJADI, dan KADANG2 TIDAK TERJADI.

Apa yang boleh saya bantu dalam mimpi ini, hanyalah berdasarkan petunjuk Sunnah Nabi SAW, yang mana menerangka dalam sabda baginda SAW (telah dinyatakan sebelum ini):
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

Berdasarkan dalil ini, difahami Nabi SAW menyuruh kita berfikiran positif dalam setiap mimpi, dan menyandarkan segala kehidupan kita kepada Allah SWT, tanpa rasa takut dan bimbang kepada makhluk/kejadian lain, dengan penuh keimanan dan pengharapan, HANYA ALLAH YANG MENGUASAI DIRI KITA dan APA SAHAJA YANG DITAQDIRKAN UNTUK KITA, di samping sentiasa memohon perlindungan dari sebarang kemudharatan.
Sebagaimana Nabi SAW menggalakkan pengamalan doa/zikir di waktu pagi dan petang sebanyak 3x:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
BISMILLAHILLADHI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAI'UN FIL ARDI WA LA FIS SAMA'I WAHUWAS SAMI'UL ALIM
Sesiapa yang membacanya setiap pagi dan petang 3x, maka tiada sesuatu pun akan memudharatkannya.

(hadis riwayat At-Tirmidhi, Ibn Majah, Al-Hakim, Imam attirmidhi menilainya sebagai hasan sahih)

salam...cmne pula kalau sy slalu bermmpi sy berlari drpd sesuatu...n kerap jugak bermmpi makhluk hlus n ad org cbe unt bnuh sy...

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan melontarkan pertanyaan di blog ini..
Sekali lagi saya terpaksa ulang, bahawa saya bukan ahli pentafsir mimpi, dan tiada pun keupayaan dalam hal tersebut..
Namun, ada petunjuk sunnah yang menjadi sandaran saya, dan perlu dijadikan sandaran semua, sebagaimana hadis yang saya sebut dalam artikel tersebut, yang difahami bahawa setiap mimpi baik itu adalah dari Allah, dan bersyukurlah, manakala mimpi buruk adalah dari syaitan, MOHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH YANG MAHA KUASA ATAS SESUATU AGAR DIJAUHKAN DARI SEBARANG MUDHARAT..

Amalkan ma'thurat, zikir pagi dan petang untuk menjadi perisai kehidupan kita seharian.
Disyorkan buku "Zikir Pagi Petang" keluaran telaga biru, oleh Dr Abd Basit Abd Rahman, yang hanya berharga RM5..

Wallahu'alam.

salam. sy bermimpi langit bergulung... selepas tu bumi dituruni salji, i sesuatu perasaan dan mimpi yg sukar digambarkan.. dalam masa yg sama, matahari turun ke arah timur.. mimpi nie sukar untuk sy luahkan dengan kata;kata.. masyaallah.. tuhan je yg thu.. adakah nie petanda allah untuk sy berubah?

Kesian aku tgk.

Dah juta kali penulis cakap dia bukan pentafsir mimpi. Korang cuba la faham sikit.

Haish.....

Saya pernah bermimpi pagi jumaat selepas subuh(sebenarnya saya menjaga dari tertidur lepas tu terlelap sekejap sebab ngantuk sangat2). Begini, mula2 saya bermimpi beberapa minit dan akhir sekali ada orang tua seperti berumur 50an dan dia muncul tepat pada tempat saya tertidur(bilik kakak). Dia kata 'kalau nak cari ubat untuk menyembuhkan jerawat, awak kena pergi ke sana (menunjuk ke arah kiblat) lepastu awak naik jalan yang berbukit dan turun jalan yang condong. Terus saya terbangun, dan saya mula terfikir adakah mimpi saya itu menyampaikan perkara yang sebenar? Muka saya pun ada jugak jerawat disebabkan resdung, yang menghairankan saya dia muncul di tempat saya tertidur(bilik kakak) dan terbangun tempat yang sama. Tapi saya belum cari lagi apa tempat yang jalan berbukit turun jalan yang condong. Mana la tau kalau terjumpa sebuah kedai perubatan kat situ atau pun secara fizikal.

Kerap mimpi org yg sama (org kte xsuka) secara berturut...

Kerap mimpi org yg sama (org kte xsuka) secara berturut...

Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan tentang mimpi yang boleh dikatakan kerap menganggu saya . Lebih daripada 3 kali bermimpi saya dikejar atau diburu saya tak pasti . yang pasti saya lari daripada dia , lari keluar daripada rumah yang dahulu saya sekeluarga diami , tapi sekarang saya sekeluarga sudah tidak tinggal disitu .sudah masuk 4 tahun kami tinggalkan rumah tersebut . saya mahu tahu apakah maksud disebalik mimpi tersebut ? adakah sekadar mainan tidur atau sebaliknya . saya harap tuan dapat menafsirkan untuk saya , terima kasih .

Apa yang ada dalam mimpi mungkin juga sepadan dengan kehidupan yang nyata bagi seseorang.
doorgift

Post a Comment