Saturday, November 03, 2012

KAHWIN AWAL; PERKARA YG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda..

Alhamdulillah..

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!


Share/Bookmark

Saturday, June 11, 2011

MIMPI MENURUT ISLAM: FANTASI ATAU REALITI

Ada yang mengatakan: “Mimpi itu mainan tidur…”
Ada pula yang mengatakan: “Eleh, mimpi je tu, jangan percayalah…”
Ada juga yang terlalu taksub dengan mimpi, asalkan bermimpi, mesti dicari Kitab “Tafsir” khas atau merujuk ramai manusia, bagi mendapatkan petanda di sebalik mimpi misteri yang terus menyelubungi dirinya…
Bahkan, ada yang ketakutan (fobia), kebimbangan dan kerunsingan dengan mimpi yang berulang-ulang kali atau bersambung-sambung yang mana sering bermain-main ketika tidurnya, bagaikan satu paparan filem ditayangkan secara bersiri-siri...

Share/Bookmark

Monday, February 21, 2011

ZAMAN DAH BERUBAH: BAHAYA AHLI NUJUM MODEN

“Zaman dah berubah, Dunia dah maju”. Teringat satu slogan yang diiklankan di televisyen pada suatu ketika dahulu memperkenalkan perubahan saiz satu surat khabar popular di Malaysia.

“Maklumat di Hujung Jari Anda”. Satu lagi slogan yang disebarkan bagi menggambarkan peredaran zaman kepada satu tahap yang lebih canggih.

Walaupun sekadar slogan pendek, namun semua itu cukup untuk menerangkan perihal dunia yang serba canggih pada hari ini. Maklumat terkini diperolehi tidak lagi perlu mengambil masa yang lama, yang perlu ada hanya satu komputer disambungkan ke capaian internet, tekan sahaja, terus dapat apa yang diingini.

Share/Bookmark

Friday, February 18, 2011

ANAK ITU ADALAH FITRAH, JANGAN JADIKANNYA FITNAH

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram, semuanya dalam keadaan sihat”.
Satu SMS diterima dari seorang sahabat berkongsi kegembiraan bersama sahabat-sahabat lain tentang kelahiran zuriat keturunannya.
“Barakallahu fikuma bi mauludin jadid (Semoga Allah memberkati kamu berdua dengan kelahiran yang baru itu)”.
Balasan dari saya sebagai doa kepada sahabat yang baru sahaja menjadi bapa dan isterinya, menjadi ibu.

Share/Bookmark

Monday, February 14, 2011

CINTA ALLAH, CINTA RASULNYA, CINTA MAKHLUK : BERBEZA ATAU BERKAITAN

“Mulai hari ini, aku tidak akan mencintai sesiapa lagi, tidak akan mengharapkan cinta makhluk lagi, cukuplah Cinta Allah di dalam hatiku”.
Seorang remaja penuh semangat mengeluarkan kata-kata yang sangat puitis lagi menarik.

“Cintaku hanya untukMu, Ya Allah..”
Slogan yang ditulis oleh seorang remaja, yang penuh keinsafan.

“Cinta akan Allah sebelum cinta akan hambaNYA”.
Seorang sahabat menasihati sahabatnya yang lain.


Share/Bookmark

Thursday, February 03, 2011

HUKUM TUDUNG: ALASAN ATAU SEKADAR PERSOALAN

“Ala..motor rosak la sheikh…lagipun biasanya Ustaz masuk lambat…”
Kata seorang pelajar.

“Ish..masuk ni dah kira tiap-tiap hari enta sampai lambat..alasan pulak sama! Ish..Ustaz masuk lambat sebab bagi peluang kat pelajar-pelajar bersiap sedia sebelum dia masuk mengajar..”
Balas saya sebagai dhobit (pengawas) bertugas pada hari tersebut.

Share/Bookmark