Friday, January 21, 2011

TAFSIR SURAH AL-MAA'UUN (AYAT 4-5)

Allah berfirman, dalam Surah Al-Maa’un, ayat 4-5:
((فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ))
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solatnya.

(Tafsir Ibn Kathir)
Ibn Abbas dan selainnya mentafsir:
Yakni; orang-orang munafiq, yang mana mereka solat secara terang-terangan (di hadapan orang), dan tidak solat dalam diam-diam (di belakang orang).
(Al-Durr Al-Manthur, Oleh Al-Imam Asy-Sayuthi)
Drpd Sa’ad B. Abi Waqash telah berkata: aku bertanya kepada Nabi SAW tentang FirmanNYA:
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
"(yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka"

Nabi SAW telah bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.

Drpd Qatadhah telah mentafsirkan ayat:
Tidak mengendahkan tentang solat, sama ada dia solat atau tidak.

(Tafsir Ibn Kathir dan Al-Durr Al-Manthur)
Drpd ‘Atho’ telah berkata:
Segala puji dan syukur bagi Allah yang telah berfirman
“orang-orang yang lalai DARI (TENTANG) solat mereka” dan ALLAH tidak berfirman dgn mengatakan “lalai DI DALAM solat mereka”.

Ulasan (dari pemahaman ana): ‘Atho’ berkata sedemikian kerana Lalai di dalam solat sesuatu yang cukup sukar dielakkan, kadang-kadang pemikiran kita berterbangan ke sana-sini, kadang-kadang terlupa rakaat, kadang-kadang terlalai mengingatkan sesuatu maksiat..
Oleh hal demikian, Nabi SAW mengajar,  jika berlaku kelalaian dalam solat, cepat-cepat berISTI’AZAH (membaca ‘AUZUBILLAHI MINASSYAITANIR RAJIM) sebanyak (3 kali) dan meludah ke kiri (jika ada orang di sebelah kiri, memadai meniup angin, JANGAN PULA MELUDAH kepada orang tersebut). Seterusnya, cuba kembalikan kekhusyukan dan berusaha sedaya upaya untuk khusyuk sehingga akhir solat..
Wallahu’alam..

REFERENSI:
Tafsir Ibn Kathir dan Ad-Durr Al-Manthur
dan Rakaman Siaran Radio IKIM.FM (Tafsir Al-Quran oleh Ust. Zahazan)

0 comments:

Post a Comment