Saturday, January 15, 2011

SEKADAR PANDANGAN : ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Berkenaan Kebenaran Menggunakan Kalimah Allah oleh Bukan Islam... Sila renungkan Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 64:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ
فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Penerangan: Berpandukan ayat Al-Quran di atas, adalah menunjukkan bahawa Islam menerima sepenuhnya dan menyederi setiap agama samawiyy (agama-agama lama yang datang sebelum Islam dan yang telah diubah isinya) mengimani bahawa Allah itu adalah tuhan seluruh alam semesta dan semua makhluk di alam ini diciptakaNYA tanpa ada satu pun percanggahan dari segi itu...cuma yang mereka salah atau tidak beriman ialah Allah itu tuhan yang Esa..kebanyakan mereka mensyirikkan Allah...

Melalui pemahaman Al-Quran dan Sunnah ini, adalah tidak menjadi kesalahan utk mereka menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka, cuma perlu digariskan kepada mereka beberapa syarat utama, terutama TIDAK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM KEADAAN MENGHINA...itu sahaja penyelesaiannya...
Dan satu advantage bagi pendakwah2 Islam semua, bahasa Allah memanglah Tuhan yang Benar dan menjadi keimanan oleh semua agama dan bangsa...bukanlah Allah ini hanya tuhan untuk bangsa Melayu sahaja....
Faedahnya; lagi mudahlah untuk kita mengajak bangsa lain untuk mendekatkan diri memahami Islam dan seterusnya pasti ramai yang memeluk Islam kerana mereka tahu bahawa memeluk Islam bukan bererti mereka menukar bangsa mereka, tetapi membetulkan akidah mereka supaya mengESAkan Allah tanpa ada syiriki kepadaNYA...

Wallahu'alam...isu ini dibesar2kan sedangkan yang terbaik, kita perlu fikirkan strategi untuk memberi penerangan dan penekanan lebih kepada anak-anak kecil di institusi pendidikan berkenaan AKIDAH ISLAM yang betul dan benar agar mereka yang kecil ini lebih merasa bahawa Islam itu agama yg benar dan tidak perlu disyakki lagi...Dalilnya; orang bukan Islam pun percaya dengan Allah, Tuhan Kita, Tuhan Mereka dan Tuhan Sekalian Alam...

Sekadar pandangan !!

0 comments:

Post a Comment